Sunday 23 October 2011

Surat nie khas untuk kamu sorang je!

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurikanostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjah segala kekusutan yang membelit taliperutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin,kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.
Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma.

Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan akumenghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.

Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting keruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipashelikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diriini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung didalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua mesti terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.

Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera.

Aku bukan McGyver, McDonald's,Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.

Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Yang ikhlas,
kekasihmu.. 

Friday 21 October 2011

Analisis

Salam hai! :D
 dah baca tajuk ? oke entry kali nie aku cuba membuat analisis. bukan analisis darah, apatah lagi dara. huhu. ianya analisis peperiksaan yg aku duduki seminggu nie.

hari pertama Math : susah la jugak. barak kepala aku nie kerjakan. tekan2 kakilator, tak kua2 juga jawapan.     aku rasa jawapan tu malu2 kot nak keluar.

hari kedua Sejarah : haa, nie aku minit sikit nak citar. sebab pe ? sebab sebelum dapat kertas soalan aku dah tahu jawapan dia. pelik kan ? tapi itu la kebenaran bila dapat soalan bocor. bukan sebiji, tapi dua biji ! memang seronok . part essay tu, pandai sendri pkir la. :D

hari ketiga Agama : cita agama ni lebih kurang macam sej. lain dia, time exam paper agama, aku banyak luang kan masa untuk bermimpi. 20 minit je kot soalan agama tu aku jawab. selebihnya, aku isikan dengan tido. haha

hari  keempat Kimia : err~ paper kimia wei ! bukan kima*. hahaha boleh tahan la susah soalan dia. kenapa lah subjek sains tak dapat soalan bocor. hee~ paper kimia aku suci sikit,sebab ada kosong. aku cuma mempermudahkan kerja cikgu, senang sikit dia tanda nanti. hohoho *lulusjadila.mintaksangat.

hari kelima LukisaKejuruteraan : err~ *kalau starting dah 'err' mesti susah. memang betol susah ! ada soalan yg senang tu boleh la aku lukis. nie soalan yg nk teleng2 kan kepala, payah sikit. asal aku berimaginasi je, mesti aku berimaginasi benda lain. nak mkan la, nk jalan2 time cuti seminggu nie. haish. erti kata lain, aku saja je buat alasan. hahaha. *lulusjadila.mintaksangat.


oke la sampai sini je. enjoy your holidays !

Monday 17 October 2011

 GF : b . .syg minta maaf pasal semalam,syg xde niat nk wat b marah . tpi syg tencen syg . .pale syg sakit sgt (dalam mesej)

BF : masih berdiam diri .. x nk blas.. .biar la die merajuk berminggu. . .

GF: call bf die banyak kali . .tpi x berjawab . . sampai tertidor2 die call pakwe die .
...
BF : still kuat kan ego dalam diri die . .die diam sampai berhari2 . .

GF : (send mesej) ''b . syg nk minta tolong ni .. kat rumah xde sape.. . tolong bwk kan syg g clinic. . syg demam ni . plz reply my text. . saya perlu kan awak :'(

BF : sikit pon bf die tak perdulik kan. . die anggap gf die hanya minta simpati. . nk ngade2 . .
GF : gf tunggu tpi xde respon ape2 .. die nekad nk g clinic sendiri. . panas badan die dah sampai tahap terok sgt . . . masa gf nk lintas..moto lalu dan Lnggar si gf ni. . tersungkur die jatuh. . . tpi. .tuhan lagi syg kan die . .gf hembos kan napas terakhir nye die hospital. .

si bf dapat call dari ayah gf die .. . kelam kabut bf pecut kerete nye pergi ke hospital. .tpi sudah terlambat. . dalam masa yg same. .bru bf sedar. . sebelum gf kuar pergi ke clinic. . gf ade antar mesej kat bf die. .

tpi bf die x bukak pon mesej tuh . ''b .maaf kan la law syg ganggu b. ..syg pergi clinic sorang2 kay . .dekat je kat belakang ni. . syg minta maaf law syg banyak wat salah kat b . . satu b kene thu. . syg tetap syg b sampai bila2 . .i love you syg :) " . . terduduk si bf bila bace mesej uh . .kini hanya penyesalan yg ada dalam diri. . . #moral dalam story ni. . . pada pasangan. . x kire .. boy ke. . gurl ke. . . ego uh jgn terlampau sgt. .wink,,,wink~~

Thursday 13 October 2011

Demam peperiksaan

Assalam,
 errr.... serius, dah lama gila aku tak update bini no 7 aku nie. rasa rindu kot. entry sebelum nie, aku just shared lagu tok dia je     :). Adat budak sekolah,  mesti la sibuk dengan exam. Hari nie start final exam sekolah aku. Dah lah tak baca papew pon. Nasib paper BM, esok BI. pening kot pale nanti. Final  exam  nie aku cuma target, nak dapat result yang lebih baik dari mid year exam aku. malas nk target lebih2, confirm tak tercapai kot. dah la aku nie malas nak mengadap buku, asyik merayap jee. 3 minggu kot exam nya. lama tu! kalau PMR dlu, seminggu lebih je. tak payah nak pening2 pale. tapi tak syok juga, kalau hidup nie tak ada cabaran kan3 ?  oke la. cukup la sampai sini je entry aku kali nie. bye!


awak! thanks sebab sayang saya. saya suka tengok mata awak setiap kali kita jumpa.
kalau boleh tiap2 hari saya nak jumpa awak. nak tenung mata awak yang cantik tu lama-2.
sayang kamu! ^^ 

Saturday 8 October 2011

Just don't go and break my heart


Ms.♥  :)
 

Blog Template by Talk itu Cakap

Template edited for xx Ery Budak Hyper xx © 2011